Wednesday 4 December 2019

BBM3410SATU2019- ULASAN BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum penghuni muka buku…

Minggu lalu, saya telah berkongsi mengenai satu ulasan buku teori. Hari inipun saya nak kongsi juga satu ulasan buku mengenai…

Ehh!!! Media Sosial .

Dalam buku ini merangkumi lapan bab. Bab pertama mengenai Media Sosial: Gambaran Keseluruhan iaitu media sosial ini boleh dilihat sebagai sebuah medium yang berguna yang boleh digunakan untuk berkongsi sumber yang bermanfaat. Bab dua pula adalah satu aplikasi yang baru digunakan oleh saya iaitu “Twitter dan Trend terkini”. Dalam bab ini, ia menunjukkan cara bagaimana untuk membuka akaun twitter dalam masa yang sama terdapat juga latihan yang diberikan dalam bab ini. Sangat mudah untuk membuka akaun twitter. Rasa seronok kau.

Selain itu, Bab tiga pula juga daripada aplikasi media seosial iaitu “Facebook masih digunaka” dalam buku ini juga telah memunjukkan bagaimana untuk membuka akaun facebook. Hasil yang telah dibuat menunjukkan bahawa Facebook adalah satu medium untuk berkomunikasi serta penglibatan lebih luas dalam proses pembelajaran khususnya dalam kemahiran menulis dan membaca manakala dalam bab empat adalah “Instagram menyeronokkan” aplikasi ini telah digunakan oleh semua masyrakat terutamanya kepada golongan remaja pada sekarang. Aplikasi ini adalah satu medim yang ramai telah gunakan untuk berniaga, bersosial dan berkongsi isu-isu semasa yang berlaku.

Seterusnya, bab lima pula membingcangkan tentang “E-mel masih popular pada masa ini” dalam bab ini ia memang betul e-mel masih digunakan pada masa ini. Hal ini kerana, saya sendiri menggunakan e-mel sehingga sekrang walaupun terdapa banyak lagi aplikasi yang boleh digunakan selain aplikasi e-mel. Kepada yang xde e-mel marilah buka akaun ini xsusahpun. Meh beli buku “Eh!!! Media Sosial”. “Blog di dalam kelas bahasa” ha, tajuk tu berada di bab enam. Sejujurnya saya baru tahu bagaimana untuk membuka akuan blog setelah berada dalam kelas “MULTIMEDIA DALAM BAHASA” ini. Aplikasi blog ini sangat seronok digunakan oleh kerana ia menguji satu kemahiran berkomunikasi kita iaitu “Menulis. Janganlupa follow blog saya “noorzalinaheyna”.Tambahan pula, bab tujuh “Isu dalam Rangkaian Sosial dalam Kalangan Pengguna” dan bab terakhir “Implikasi Pedagogi” iaitu mengukuhkan pembelajaran pelajar, meningkatkan kefasihan bahasa pelajar, menanam sikap positif dan minat seperti menambah baik prestasi pelajar.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

Penulis buku:
Profesor Dato’ Dr. Noraien Mansor
Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim

Harga Buku: Rm60




#UNIKKEEDOKCHEQPUNXTAULAH

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum semuanya. Saya nak kongsi satu kisah sepanjangan mengambil kursus "Multimedia dalam Bahasa (BBM3410)" . Haaa n...