Wednesday 27 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku kajian Wacana dan Strategi komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan Buku Kajian Wacana dan Starategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Berikut merupakan tajuk buku tersebut, dalam buku ini ia mempunyai tujuh bab.
Bab 1 dalam buku ini membincangkan tentang Kajian Wacana. Wacana merupakan bahawa daripada individu atau kumpulan sama ada mengeluarkan ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) wacana adalah bahasa yang lahir oleh penutur atau penulis. Bahasa yang ditutur serta ditulis mengandungi makna serta difahami oleh pendengar dan pembaca.  Oleh itu, adalah wajar setiap wacana difokus dan dianalisis dengan teliti supaya analisis dapat difahami dengan jelas.

            Seterusnya, buku ini juga menyentuh topik Teori dan Pendekatan Wacana. Dalam bab ini, terdapat empat teori yang dibincangkan dan satu pendekatan analisis wacana. Empat teori itu adalah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis vanDijk (1977) dan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) manakala pendekata wacana ialah Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim(2018).

            Tambahan pula, bab 3 dalam buku ini bertajuk Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Dalam bab ini pengkaji tersebut telah meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Bab 4 menbincangkan mengenai Strategi Komunikasi. Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan Sistematik oleh pelajar untuk menyumbangkan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik Bahasa sasaran belum dibentuk (Tarone, 1980: 420). Mesej yang dihantar sertakan diterima Akan menggunakan pelbagai strategi supaya kedua-dua belah pihak fahm Akan maksud mesej tersebut. Komunikasi digunakan dalam Bentuk kumpuln kecil dan kumpulan besar.

            Seterusnya, bab 5 pula membingkan tentang Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi . dalam bab ini pengkaji tersebut telah menceritakan dengan lebih mendalam mengenai pendekatan strategi komunikasi dan ia juga telah mempersebahkan dalam bentuk Rajah agar pembaca lebih mehami dengan lebih lanjut manakala bab 6 menyentuh tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan frekuansi bagi setiap strategi komunikasi dan pada bab yang terakhir mengenai cadangan kajian akan datang.

Rujukan:
Normaliza Abd  Rahim (2019), Kajian Wacana dan Starategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Terengganu: Universiti Putra Malaysia.

Harga buku: RM20.






No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum semuanya. Saya nak kongsi satu kisah sepanjangan mengambil kursus "Multimedia dalam Bahasa (BBM3410)" . Haaa n...