1. Senarikan Etika Penulisan baik.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) etika penulisan yang
baik adalah mempunyai tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Perkara
ini sangat penting dalam penulisan blog kerana dari tajuklah punca utama
pembaca tertarik untuk membacanya karya tersebut.
Selain itu,
penulisan yang baik juga adalah dengan penulis perlu menyampaikan penceritaan
yang menarik sehingga dapat menarik hati pembaca. Jika penulis mengeluarkan
idea yang menarik dalam penulisan maka akan ramai pembaca di dunia ini. Jika penulisan
yang disampaikan hambar dan membosankan maka serba sedikit akan mengurangkan
pembaca.
Seterusnya,
penulisan yang baik juga adalah masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk
membuatkannya lebih menarik. Memasukkan ayat seperti ini akan menarik minat
pembaca untuk lagi dan lagi untuk membaca isi dalam pernceritaan buku tersebut.
Tambahan
pula, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Aspek ini juga penting
kerana kebanyakkan pembaca lebih berminat untuk membaca menganai isu-isu yang
terkini dan kurang berminat isu-isu terdahulu. Sebagai contoh, Isu Kuliah ditangguhkan
menyebabkan bacaan IPU tinggi dan pensyarah memberi tugasan untuk membuat
kuliah atas talian.
Di
samping itu, dalam sesuatu penulisan. Penulisan yang baik adalah penulis perlu menggunakan
perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Agar pembaca mudah memahami
perkataan-perkataan yang tertulis dalam wacana tersebut dan menarik minat
pembaca untuk mengikuti perkembagan karya anda lagi.
Selain itu,
penulisan yang baik juga adalah mudah dibaca dan difahami. Penulis juga perlu
menitik beratkan perkara ini kerana dalam hal ini pelbagai peringkat umur yang
ada. Sebagai contoh, golongan tua. Perkaatan yang digunakan dalam wacana tersebut
mestilah perkataan yang mereka mudah fahami dan jelas apa yang hendak
disampaikan.
Akhir sekali,
penulisan yang baik adalah penulis perlu memasukkan eleman-eleman moral dan
nilai estetika dalam penulisan. Hal ini kerana, apabila si pembaca membaca hasil
penulisan anda pembaca akan berasa sesuatu dalam penceritaan tersebut dan serba
sedikit membawa pengajaran yang baik untuk diri pembaca sendiri.