Sunday 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugasan Individu


1. Senarikan Etika Penulisan baik. 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) etika penulisan yang baik adalah mempunyai tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Perkara ini sangat penting dalam penulisan blog kerana dari tajuklah punca utama pembaca tertarik untuk membacanya karya tersebut.

    Selain itu, penulisan yang baik juga adalah dengan penulis perlu menyampaikan penceritaan yang menarik sehingga dapat menarik hati pembaca. Jika penulis mengeluarkan idea yang menarik dalam penulisan maka akan ramai pembaca di dunia ini. Jika penulisan yang disampaikan hambar dan membosankan maka serba sedikit akan mengurangkan pembaca.

        Seterusnya, penulisan yang baik juga adalah masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Memasukkan ayat seperti ini akan menarik minat pembaca untuk lagi dan lagi untuk membaca isi dalam pernceritaan buku tersebut.

           Tambahan pula, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Aspek ini juga penting kerana kebanyakkan pembaca lebih berminat untuk membaca menganai isu-isu yang terkini dan kurang berminat isu-isu terdahulu. Sebagai contoh, Isu Kuliah ditangguhkan menyebabkan bacaan IPU tinggi dan pensyarah memberi tugasan untuk membuat kuliah atas talian.

       Di samping itu, dalam sesuatu penulisan. Penulisan yang baik adalah penulis perlu menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Agar pembaca mudah memahami perkataan-perkataan yang tertulis dalam wacana tersebut dan menarik minat pembaca untuk mengikuti perkembagan karya anda lagi.

         Selain itu, penulisan yang baik juga adalah mudah dibaca dan difahami. Penulis juga perlu menitik beratkan perkara ini kerana dalam hal ini pelbagai peringkat umur yang ada. Sebagai contoh, golongan tua. Perkaatan yang digunakan dalam wacana tersebut mestilah perkataan yang mereka mudah fahami dan jelas apa yang hendak disampaikan.

        Akhir sekali, penulisan yang baik adalah penulis perlu memasukkan eleman-eleman moral dan nilai estetika dalam penulisan. Hal ini kerana, apabila si pembaca membaca hasil penulisan anda pembaca akan berasa sesuatu dalam penceritaan tersebut dan serba sedikit membawa pengajaran yang baik untuk diri pembaca sendiri.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum semuanya. Saya nak kongsi satu kisah sepanjangan mengambil kursus "Multimedia dalam Bahasa (BBM3410)" . Haaa n...