Ulasan Buku Kajian Wacana dan Starategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
Berikut merupakan tajuk buku tersebut, dalam buku ini ia mempunyai tujuh
bab.
Bab 1 dalam buku ini membincangkan tentang Kajian Wacana. Wacana merupakan bahawa daripada individu atau
kumpulan sama ada mengeluarkan ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Menurut Normaliza
Abd Rahim (2014) wacana adalah bahasa yang lahir oleh penutur atau penulis. Bahasa
yang ditutur serta ditulis mengandungi makna serta difahami oleh pendengar dan
pembaca. Oleh itu, adalah wajar setiap
wacana difokus dan dianalisis dengan teliti supaya analisis dapat difahami
dengan jelas.
Seterusnya, buku ini juga
menyentuh topik Teori dan Pendekatan Wacana. Dalam bab ini, terdapat empat teori
yang dibincangkan dan satu pendekatan analisis wacana. Empat teori itu adalah
Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs
(1983), Teori Analisis Wacana Kritis vanDijk (1977) dan Teori Analisis Wacana Normaliza
Abd Rahim (2018) manakala pendekata wacana ialah Pendekatan Analisis Wacana Normaliza
Abd Rahim(2018).
Tambahan pula, bab 3 dalam
buku ini bertajuk Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Dalam bab ini pengkaji
tersebut telah meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu,
wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Bab
4 menbincangkan mengenai Strategi Komunikasi. Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan Sistematik
oleh pelajar untuk menyumbangkan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran,
dalam situasi ketika peraturan sistematik Bahasa sasaran belum dibentuk
(Tarone, 1980: 420). Mesej yang dihantar sertakan diterima Akan menggunakan
pelbagai strategi supaya kedua-dua belah pihak fahm Akan maksud mesej tersebut. Komunikasi digunakan dalam Bentuk kumpuln kecil dan kumpulan besar.
Seterusnya, bab 5 pula membingkan tentang Taksonomi dan Pendekatan
Strategi Komunikasi . dalam bab ini pengkaji tersebut telah menceritakan
dengan lebih mendalam mengenai pendekatan strategi komunikasi dan ia juga telah
mempersebahkan dalam bentuk Rajah agar pembaca lebih mehami dengan lebih lanjut
manakala bab 6 menyentuh tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan
kanak-kanak. Hal ini demikian kerana data tersebut telah dianalisis dengan
menggunakan frekuansi bagi setiap strategi komunikasi dan pada bab yang
terakhir mengenai cadangan kajian akan datang.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Starategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Terengganu: Universiti Putra Malaysia.
Harga buku: RM20.