Assalamualaikum W.B.T pembaca blog Noor Zalinah Nurdin .
Petang ini, saya ingin berkongsi sedikit ulasan mengenai
buku yang sangat menarik yang bertajuk “Eh!!! Media Sosial”. (Noraien Mnasor dan Normaliza Abd Rahim).
Selamat Membaca.
Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 mengatakan bahawa blog
merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal
ataupun tidak formal. Blog ini adalah tempat pelajar atau yang menggunakan blog
mereka dengan cara sama ada ingin berkongsi ilmu ataupun membuat iklan produk
dan sebagainya. Berdasarkan penyelidikan dalam Buku Eh!!! Media Sosial dalam
blog, terdapat beberapa aspek penulisan blog yang disampaikan oleh pernulis. Antaranya,
penulis berkongsi mengenai akademik, penulis berkongsi tentang penceritaan
ataupun cerpen dalam blog, puisi ataupun sajak, juga ada yang penulis menggunakan
blog untuk membuat iklan produk dan banyak lagi faedahnya penggunaan blog ini.
Selain itu,
penulisan blog juga ditulis sebagai alat dalam pembelajaran bahasa.
pembelajaran bahasa ini biasanya boleh dilihat dari segi penulisan blog
tersebut ada yang menggunakan luahan perasaan kerana dengan menggunakan blog
ini penulis dapat meluahkan segala isi hati yang terpendam dalam hati mereka
dan dalam masa yang sama telah mengasah bakat salah satu kemahiran berbahasa
iaitu menulis.
Seterusnya,
blog ini juga boleh dilihat melalui blog
sebagai pembelajaran teknologi. Hal ini, blog boleh dimasukkan dari segi vidoe,
audio dan gambar. Daripada ketiga-tiga perkara ini kebanyakkan menggunakan
gambar dalam blog deengan menggunakan pelbagai bentuk gambar dalam blog maka
blog tersebut akan kelihatan menarik dan akan lebih ramai pembaca akan membaca
blog tersebut.
Tambahan
pula, saya sebagai pengguna blog yang baharu telah memperoleh banyak ilmu
pengetahuan tentang penggunaan blog ini. Antaranya, mengetahui bagaimana
mencari iklan dalam blog, memuat naik gambar dan dalam masa yang sama juga
mengasah bakat saya dari segi kemahiran menulis dan penggunaan bahasa yang
sesuai.
Kesimpunlannya,
blog ini dapat membantu pelajar untuk mempelajari ilmu bahasa, teknolgi dan
kesusasteraan.
Sekian dan Terima Kasih.
-EYNA-
No comments:
Post a Comment