Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Long shot (D'Rose Production)


Long Shot (3 Pemandangan) 

 


Laluan ini adalah laluan tempat mahasiswa UPM ataupun pihak luar untuk bersenam sama ada diwaktu pagi mahupun petang. Tempat ini dinamakan Bukit Ekspo UPM. Tempat yang digemari oleh mahasiswa untuk mangambil gambar begitu juga dengan kumpulan kami. Semasa kami tiba disini, ini merupakan gambar dan destinasi pertama yang kami pilih. Laluan yang bakal saya rindui sebagai mahasiswa UPM.




Gambar ini telah memberi ingatanku untuk diimbas semula. Kenapa aku berkata sedemikian, kerana tempat inilah yang pernah aku dan beberapa sahabat lain pernah meraikan sambutan hari jadi sahabat kami yang bernama Azmimi Fatihah. Alahai. Laluan yang juga bakal dirindui.




Gambar di atas merupakan gambar sangat indah dan tenang. Rasa ingin menaiki perahu tersebut kemudian ini mengayuhnya sampai ke hujung lautan yang kelihatan seperti ada perumahan disana, tetapi malang sungguh aku sangat takut pada lautan seperti ini mungkin disebabkan aku pernah terlibat dalam satu kemalangan dan membuatkan aku takut untuk menuruskan hasratku untuk pergi ke hujung sana. Biarlah gambarku ambil ini untuk dihiaskan didalam blog Noor Zalinah Nurdin.

                                                 Long Shot (3 Pemandangan dan Manusia)



Gambar merupakan gambar ketika kumpulan D'Rose Production selesai menjalankan tugasan Asas Fotografi. Pada asalnya, kami telah mengambil gambar long shot ketika menjalankan pengambaran pertama tetapi jika melihat gambar ini sangat cantik dan lebih dilihat mematuhi arahan yang prof inginkan iaitu 3 pemandangan dan manusia jadi kami semua ahli kumpulan bersetuju untuk memilih gambar ini untuk di muat naik dalam blog masing-masing. Terima kasih semua atas sokongan dan kerjasama kalian. Sayang kru D'Rose Production.



Gambar ini mengisahkan tentang seorang wanita yang telah ditinggalkan oleh kekasihnya secara tiba-tiba tanpa mengetahui sebab kenapa ia ditingglkan sebegitu. Jadi, untuk ia melupakan teman lelakinya itu ia selalu berjalan bersendirian dan menuju ke tasik untuk memberi makanan kepada ikan-ikan yang berada di dalam tasik itu. Dengan memberi makanan kepada ikan-ikan itu, hati ia merasa tenang kerana ikan yang berada dalam tasik itu lebih menghargai pergorbanannya berbanding teman lelakinya yang pergi tanpa menjelaskan apa yang telah berlkau dalam perhubungan mereka. Sekian.




Gambar yang nampak seperti biasa-biasa. Tetapi sebenarnya luas biasa. Kerana apabila kita lihat dengan mata terdapat tiga susuk tubuh yang berada dalam gambar ini, walaupun kelihatan kecil tapi mereka menghargai dengan melihat ciptaan tuhan yang indah lagi anggun. Tiga pemandagan iaitu Pokok, Langit dan Matahari manakala tiga manusia yang berada ditengah-tengah padang yang lagi melihatkan long shot ini menjadi dengan sebaiknya. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum semuanya. Saya nak kongsi satu kisah sepanjangan mengambil kursus "Multimedia dalam Bahasa (BBM3410)" . Haaa n...