Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Close-up (D'Rose Production)

Close-up (3 Manusia) 




Nama diberi Nur Elyani. Asal dari Perak. Elyani seorang yang sangat periang, mudah terhibur dan ia mempunyai seorang kembar yang bernama Nur Elyana. Semasa mengambil gambar ini boleh dikatakan berpuluh gambar yang telah di ambil dek kerana ia terlalu sukar mungkin disebabkan kamera terlalu dekat sehinggakan yani sukar untuk fokus dan kebanyakkan gambar yang kami telah ambil. Alhamdulillah ini adalah gambar yang kami lihat cantik dan sesuai untuk dijadikan sebagai gambar close-up.


Gambar close-up yang kedua adalah insan yang bernama Amira Farhani. Ketika mengambil gambar ini mira terpaksa baring di jalan tar agar memudahkan kumpulan kami untuk mengambil gambar beliau. Ketika kami sedang mengambil gambar beliau, kesemua ahli kumpulan kami berkumpul dalam satu bulatan, tiba-tiba dua orang pak cik datang menghampiri kami dan bertanya, Ada apa ini?Kenapa dengan kawan awak?. Lalu seorang dari ahli kumpulan kami mengatakan eh, tidak ada pa-apa pak cik, kami sekadar untuk mengambil gambar sahaja. Lalu dua orang pak cik tersebut pergi. Kemudian kami semua bergelak ketawa. Mungkin pak cik itu ingat kawan kami Mira ini pengsan ataupun sedang mengalami kemalangan. hahhaha. Maafkan kami pak cik. Ini semua atas disebabkan tugasan yang perlu kami siapkan, demi untuk mendapat A. insyah-Allah.



Gambar Close-up yang ketiga. Eh, macam kenal je, tapi dimana ya. hmmm. Allahuakbar! Ini gambar akulah. hahaha. Empunya diri bernama Noor Zalinah. Seorang yang rabun. Ha, padan muka. Menyesal tidak kesudah kau Zalinah tanpa kaca mata dunia engkau akan kelihatan kabur dan tidak jelas. Jadi nasihat saya, insan-insan yang diluar sana, jika mata masih dapat melihat dengan jelas, Janganlah cuba-cuba untuk menggunakan kaca mata. Kerana jika anda telah mencuba sekali  serba sedikit penglihatan anda akan kelihatan kurang jelas. Nanti akan jadi seperti saya yang  menyesal tidak ke SUDAH!. Ingat jangan bermain dengan ciptaan Allah SWT. Sekali kena sakitnya tidak terhitung.


                                                              Close-up (3 bukan manusia)



Gambar Close-up diatas adalah close-up bukan manusia iaitu gamabr ikan. Masya-Allah cantik sungguh ikan ini. Rasa macam nak makan sahaja. Nasiblah engkau ikan sejenis ikan yang tidak boleh dimakan kerana dipelihara oleh manusia yang sangat menjaga kebajikan ikan-ikannya. Kalau tidak, mungkin sudah lama engkau aku masukkan dalam kuali yang padas, digoreng dengan garing, setelah itu makan dengan nasi putih yang baru sahaja keluar dari periuk nasi dan kemudian dicicah dengan sambal. Masya-Allah nikamat tuhan mana yang engkau hendak dustakan. Tetapi malang engkau hanyalah sekadar perhiasan diruang bilik tidurku. 



Close-up yang seterusnya, jika diliihat gambar ini dengan penuh keimanan, ibaratkan daun yang tertulis namamu yang akan gugur bila tiba masanya dan malaikat maut akan menghampirimu dengan tanpa menlegahkan masa terus mencabut nyawamu sama ada engkau sedang tidur, sibuk bermain telefon, sibuk membuat tugasan yang pensyarah-pensyarah berikan dan banyak lagi. Ingat mati itu pasti, berkahwin itu belum tentu milikmu.




Gambar yang terakhir menunjukkan asas fotografi gambar close-up bukan manusia. Indahnya ciptaanmu. Comel sungguh bunga ini. Ketika seorang ahli kumpulan kami mengambil gambar ini aku menghampirinya. Setelah selesai aku melihatnya mengambil gambar bunga kecil ini. Rasa macam nak petik sahaja. Tetapi, disebabkan masa yang mencemburi kami, kami berduapun tinggalkan bunga comel ini tanpa menyentuhknya ataupun memetiknya. Huhuhu. Tidak mengapalah yang penting tugasan gambar close-up selesai. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum semuanya. Saya nak kongsi satu kisah sepanjangan mengambil kursus "Multimedia dalam Bahasa (BBM3410)" . Haaa n...