Wednesday 30 October 2019

BBM3410Satu2019- Fotografi 6 (Flat Lay Individu)


https://www.youtube.com/watch?v=vS-fu77xpus 

Assalamualaikum.

Lama tidak bersua. Mari sini inah sajikan sedikit persembahan vidoe. Hanya tinggal tekan link yang berwarna biru itu sahaja. hheheeheh.

Terima Kasih daun keladi, Jangan lupa like dan view Vidoe ini.  🙈

Salam Sayang Inah buat pembaca Blog Noor Zalinah. 

Thursday 17 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Asas fotografi mengajarku untuk lagi peka ketika mengambil gambar agar kelihatan lebih cantik dan menarik jika dilihat. 

Terima kasih Prof kerana telah mengajar kami apa itu asas fotografi.  Walaupun tidak lebih terperinci tapi sangat bermanfaat buat kami anak didikmu.


#dahsiap 🌹

Thursday 10 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di Dalam Kelas Bahasa



Assalamualaikum W.B.T pembaca blog Noor Zalinah Nurdin .

Petang ini, saya ingin berkongsi sedikit ulasan mengenai buku yang sangat menarik yang bertajuk “Eh!!! Media Sosial”.  (Noraien Mnasor dan Normaliza Abd Rahim).

Selamat Membaca.

Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 mengatakan bahawa blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal ataupun tidak formal. Blog ini adalah tempat pelajar atau yang menggunakan blog mereka dengan cara sama ada ingin berkongsi ilmu ataupun membuat iklan produk dan sebagainya. Berdasarkan penyelidikan dalam Buku Eh!!! Media Sosial dalam blog, terdapat beberapa aspek penulisan blog yang disampaikan oleh pernulis. Antaranya, penulis berkongsi mengenai akademik, penulis berkongsi tentang penceritaan ataupun cerpen dalam blog, puisi ataupun sajak, juga ada yang penulis menggunakan blog untuk membuat iklan produk dan banyak lagi faedahnya penggunaan blog ini.
            Selain itu, penulisan blog juga ditulis sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. pembelajaran bahasa ini biasanya boleh dilihat dari segi penulisan blog tersebut ada yang menggunakan luahan perasaan kerana dengan menggunakan blog ini penulis dapat meluahkan segala isi hati yang terpendam dalam hati mereka dan dalam masa yang sama telah mengasah bakat salah satu kemahiran berbahasa iaitu menulis.
            Seterusnya,  blog ini juga boleh dilihat melalui blog sebagai pembelajaran teknologi. Hal ini, blog boleh dimasukkan dari segi vidoe, audio dan gambar. Daripada ketiga-tiga perkara ini kebanyakkan menggunakan gambar dalam blog deengan menggunakan pelbagai bentuk gambar dalam blog maka blog tersebut akan kelihatan menarik dan akan lebih ramai pembaca akan membaca blog tersebut.
            Tambahan pula, saya sebagai pengguna blog yang baharu telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan tentang penggunaan blog ini. Antaranya, mengetahui bagaimana mencari iklan dalam blog, memuat naik gambar dan dalam masa yang sama juga mengasah bakat saya dari segi kemahiran menulis dan penggunaan bahasa yang sesuai.
            Kesimpunlannya, blog ini dapat membantu pelajar untuk mempelajari ilmu bahasa, teknolgi dan kesusasteraan.

Sekian dan Terima Kasih.
                                                                                                                                    -EYNA-

Thursday 3 October 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA









Assalamualaikum pembaca blog Noor Zalinah Nurdin.

Gambar diatas sangat anggun dan berseri-seri bila dilihat, terasa rindu dek kerana ilmu yang perlu dicari untuk masa hadapan dan keinginanan ibu bapa untuk aku meneruskan pengajian, terpaksaku tepikan perasaan itu. Alahhh. Emosi pula Zalinah oii!. Saya perkenalkan inilah keluarga saya. Merekalah tempat saya menumpang kasih dan sayang. Membesar bersama dan berjaya bersama, tetapi sudah tentu berkahwin tidak akan bersama. hahahahah.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji  dalam perahu,
Apa diharap masa hadapan
Doa keluarga mohon direstu.


Ciptalah kenangan bersama mereka selagi masih ada, jika salah seorang pergi, tidak akan sama seperti sebelumnya.

Sekian. 

Wednesday 2 October 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH






Tiada satupun yang akan menjadi mimpi. Andai kayuhan usaha kau selaju kata-kata yang kau ucap!

Semoga BERJAYA.

Ikhlas dari saya Noor Zalinah binti Nurdin. 

Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Bird’s eye view (D'Rose Production)


                                                              Bird's eye view (3 Gambar)



Gambar pertama ini telah diambil ketika berada di tingkat atas bangunan ini. Pemandagan dari atas yang sangat cantik dan membuatkan diri ini rasa ingin pergi ke sini untuk melihat lagi pemandagan ini untuk kali kedua.





Selain itu, gambar ini merupakan gambar yang dipenuhi dengan kenderaan dan pokok-pokok yang berwarna hijau sungguh indah dan menghilagkan rasa gentar dalam melaksanakan tugasan yang akan lagi lebih mencabar kelak.



Gambar terakhir ini mengisahkan tentang bird eye view di waktu malam disebuah tempat penginapan yang cantik sehingga kami memilih gambr ini untuk dimuat naik dalam tugasan asas fotografi kali ini. Dengan gambar ini saya berharap ahli kumpulan D'Rose Production akan lebih tinggi kejayaannya serta luas pemikirannya untuk menghadapi tugasan yang akan tiba untuk kursus Multimedia dalam bahasa ini. insya-Allah kami boleh dan kami mahukan A dalam kursus ini. 

BBM3410Satu2019: Over the shoulder (D'Rose Production)


                                                         Over the shoulder (3 Gambar)

Gambar ini mengisahkan tentang, sekumpulan ahli yang nama kumpulan mereka ialah D' Rose Production telah pergi ke Bukit Ekspo untuk menjalankan tugasan yang diberikan. Tepat pukul 8.30 mereka telah tiba ditempat tersebut. Dengan panasnya mereka tetap berusaha untuk menyelesaikan tugasan mereka sehingga selesai. Pelbagai masalah yang mereka perolehi antaranya menahan lapar, panas terik yang boleh membuatkan sakit kepala dan perkara sangat mencabar adalah kurang memahami arahan tugasan yang diberikan oleh Pensyarah. Tetapi dengan pelbagai rintangan ini mereka telah berjaya menjalankan tugas ini dengan baik. Oleh itu, kumpulan kami berharap agar gambar yang kami telah muat naik dalam blog masing-masing betul dan dapat memuaskan hati Prof. insya-Allah.




BBM3410Satu2019: Mug shot (D'Rose Production)


                                                             Mug Shot ( 3 Manusia)



Namanya Aisyah Zulkifli. Beliau seorang anak manja terutama dengan ayahnya. Sejak kecil lagi Aisyah dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Apa sahaja yang Aisyah inginkan ayahnya  turuti kemahuannya. Pada suatu hari, ayahnya sangat sibuk sehinggakan terlupa hari kelahirannya pada hari tersebut. Ia berasa marah dengan ayahnya sehingga mengambil gambar ini kemudian muat turun di dalam media sosial dan mengatakan " Saya benci ayah, ayah tidak sayang aisyah lagi". Kemudian staf ayahnya telah melihat gambar ini dalam media sosial terus menunjukkan gambar ini kepada ayahnya dan ayahnya tanpa melegahkan masa terus beredar dari pejabat dan terus pulang ke rumah untuk memujuk anak kesayangannya itu.



Gambar ini mengisahkan tentang seorang gadis yang kelihat sedih setelah kehilangan kucing kesayangnya yang benama "Pipi". Nadiah seorang gadis yang sangat mudah mesra dengan kucing sehingga satu hari itu, kucinngya bernama "Pipi" telah hilang dan dia puas mencari di ruang tamu, bilik, tandas, runag dapur dan halaman rumah tetapi juga tidak kelihatan kucingnya. Nadiah sangat sedih kerana itu adalah hadiah dari sahabat karibnya yang telah berpesan padanya agar menjaga kicing ini dengan baik. Tetapi kucing itu hilang entah kemana. Nadiah penuh dengan rasa bersalah sangat sedih.



Farhani, pelajar tahun akhir pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu berasa gembira kerana Projek Ilmiah Tahun Akhir beliau telah siap sepenuhnya dan tidak lama lagi akan dijilikan. Beliau berasa gembira kerana dengan usaha selama ini beliau akan menamatkan pengajian selama 3.5 tahun dengan jayanya. 

BBM3410Satu2019: Medium shot (D'Rose Production)


                                                       Medium Shot (3 Manusia Sahaja)




Ciptaan pantun untuk tiga gadis yang bersembunyi di sebalik rumput lalang yang gatal lagi tajam.

Ambil betik potong dengan pisau,
Bauh itu masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil bertudung hijau,
sudah besar bertudung merah jambu dan merah.



Medium shot manusia sahaja. Seorang gadis bertudung merah jambu lalu dikeliling dengan dua gadis bertudung merah. Sungguh comel dilihat. Cemburu melihat kemesraan mereka si pengambil gambar lalu ia mengambil gambar sahaja tanpa memberitahu bahawa latar belakang tersebut kelihatan buruk dan tidak sesuai untuk tempat mengambil gambar. Alahai si pengambil gambar kenapalah awak terlalu kejam. Macam mana mahu dapat A, kalau mengambil gambarpun tidak dengan kejujuran, keyakinan dan bertanggungjawab. Tiba-tiba, rasa ingn tahu siapalah yang ambil gambar ini. Mujurlah model-model dalam gambar ini cantik-cantik orangnya.




Jika dilihat gambar ini, terlihat tiga gadis yang lebih mementingkan penampilan mereka. Lihat sesama hendak mengambil gambarpun mereka juga sibuk dengan cerminlah, hendak membaiki tudunglah, alhai gadis bertudung merah.



                                               Medium Shot (3 Pemandangan dan Manusia)


Jika anda mengkuti post dan membaca blog saya sebelum ini dalam tajuk BBM3410Satu2019: Close -up (D'Rose Production) pada gambar pertama saya telah mengatakan Elyani pada gambar ini memakai baju berwarna merah disebelah itu adalah kembar beliau iaitu Nur Elyana. Comelkan mereka. Semoga jika mereka berada dalam zaman perkahwinana mempunyai anak yang kembar sama seperti mereka suatu ketika nanti.


Gambar seterusnya adalah seorang wanita dengan pemandagan yang sangat cantik penuh dengan kehijauan dan kebiruan serta awan yang sangat cantik.Semoga gambar ini menepati medium shot yang Prof mahukan.


Gambar terakhir untuk medium shot ini mengisahkan tentang seorang wanita yang sangat suka bergambar di sebalik rumput lalang tersebut. Adakah dimengetahui bahawa lalang itu sangat gatal serta tajam. Tahan sungguh engkau wahai wanita. Kalau aku berada ditempatmu mungkin pergi ke Pusat Kesihatan Unversitilah nampaknya selepas mengambil gambar ini.

BBM3410Satu2019: Long shot (D'Rose Production)


Long Shot (3 Pemandangan) 

 


Laluan ini adalah laluan tempat mahasiswa UPM ataupun pihak luar untuk bersenam sama ada diwaktu pagi mahupun petang. Tempat ini dinamakan Bukit Ekspo UPM. Tempat yang digemari oleh mahasiswa untuk mangambil gambar begitu juga dengan kumpulan kami. Semasa kami tiba disini, ini merupakan gambar dan destinasi pertama yang kami pilih. Laluan yang bakal saya rindui sebagai mahasiswa UPM.




Gambar ini telah memberi ingatanku untuk diimbas semula. Kenapa aku berkata sedemikian, kerana tempat inilah yang pernah aku dan beberapa sahabat lain pernah meraikan sambutan hari jadi sahabat kami yang bernama Azmimi Fatihah. Alahai. Laluan yang juga bakal dirindui.




Gambar di atas merupakan gambar sangat indah dan tenang. Rasa ingin menaiki perahu tersebut kemudian ini mengayuhnya sampai ke hujung lautan yang kelihatan seperti ada perumahan disana, tetapi malang sungguh aku sangat takut pada lautan seperti ini mungkin disebabkan aku pernah terlibat dalam satu kemalangan dan membuatkan aku takut untuk menuruskan hasratku untuk pergi ke hujung sana. Biarlah gambarku ambil ini untuk dihiaskan didalam blog Noor Zalinah Nurdin.

                                                 Long Shot (3 Pemandangan dan Manusia)



Gambar merupakan gambar ketika kumpulan D'Rose Production selesai menjalankan tugasan Asas Fotografi. Pada asalnya, kami telah mengambil gambar long shot ketika menjalankan pengambaran pertama tetapi jika melihat gambar ini sangat cantik dan lebih dilihat mematuhi arahan yang prof inginkan iaitu 3 pemandangan dan manusia jadi kami semua ahli kumpulan bersetuju untuk memilih gambar ini untuk di muat naik dalam blog masing-masing. Terima kasih semua atas sokongan dan kerjasama kalian. Sayang kru D'Rose Production.



Gambar ini mengisahkan tentang seorang wanita yang telah ditinggalkan oleh kekasihnya secara tiba-tiba tanpa mengetahui sebab kenapa ia ditingglkan sebegitu. Jadi, untuk ia melupakan teman lelakinya itu ia selalu berjalan bersendirian dan menuju ke tasik untuk memberi makanan kepada ikan-ikan yang berada di dalam tasik itu. Dengan memberi makanan kepada ikan-ikan itu, hati ia merasa tenang kerana ikan yang berada dalam tasik itu lebih menghargai pergorbanannya berbanding teman lelakinya yang pergi tanpa menjelaskan apa yang telah berlkau dalam perhubungan mereka. Sekian.




Gambar yang nampak seperti biasa-biasa. Tetapi sebenarnya luas biasa. Kerana apabila kita lihat dengan mata terdapat tiga susuk tubuh yang berada dalam gambar ini, walaupun kelihatan kecil tapi mereka menghargai dengan melihat ciptaan tuhan yang indah lagi anggun. Tiga pemandagan iaitu Pokok, Langit dan Matahari manakala tiga manusia yang berada ditengah-tengah padang yang lagi melihatkan long shot ini menjadi dengan sebaiknya. Alhamdulillah.

BBM3410Satu2019: Close-up (D'Rose Production)

Close-up (3 Manusia) 




Nama diberi Nur Elyani. Asal dari Perak. Elyani seorang yang sangat periang, mudah terhibur dan ia mempunyai seorang kembar yang bernama Nur Elyana. Semasa mengambil gambar ini boleh dikatakan berpuluh gambar yang telah di ambil dek kerana ia terlalu sukar mungkin disebabkan kamera terlalu dekat sehinggakan yani sukar untuk fokus dan kebanyakkan gambar yang kami telah ambil. Alhamdulillah ini adalah gambar yang kami lihat cantik dan sesuai untuk dijadikan sebagai gambar close-up.


Gambar close-up yang kedua adalah insan yang bernama Amira Farhani. Ketika mengambil gambar ini mira terpaksa baring di jalan tar agar memudahkan kumpulan kami untuk mengambil gambar beliau. Ketika kami sedang mengambil gambar beliau, kesemua ahli kumpulan kami berkumpul dalam satu bulatan, tiba-tiba dua orang pak cik datang menghampiri kami dan bertanya, Ada apa ini?Kenapa dengan kawan awak?. Lalu seorang dari ahli kumpulan kami mengatakan eh, tidak ada pa-apa pak cik, kami sekadar untuk mengambil gambar sahaja. Lalu dua orang pak cik tersebut pergi. Kemudian kami semua bergelak ketawa. Mungkin pak cik itu ingat kawan kami Mira ini pengsan ataupun sedang mengalami kemalangan. hahhaha. Maafkan kami pak cik. Ini semua atas disebabkan tugasan yang perlu kami siapkan, demi untuk mendapat A. insyah-Allah.



Gambar Close-up yang ketiga. Eh, macam kenal je, tapi dimana ya. hmmm. Allahuakbar! Ini gambar akulah. hahaha. Empunya diri bernama Noor Zalinah. Seorang yang rabun. Ha, padan muka. Menyesal tidak kesudah kau Zalinah tanpa kaca mata dunia engkau akan kelihatan kabur dan tidak jelas. Jadi nasihat saya, insan-insan yang diluar sana, jika mata masih dapat melihat dengan jelas, Janganlah cuba-cuba untuk menggunakan kaca mata. Kerana jika anda telah mencuba sekali  serba sedikit penglihatan anda akan kelihatan kurang jelas. Nanti akan jadi seperti saya yang  menyesal tidak ke SUDAH!. Ingat jangan bermain dengan ciptaan Allah SWT. Sekali kena sakitnya tidak terhitung.


                                                              Close-up (3 bukan manusia)



Gambar Close-up diatas adalah close-up bukan manusia iaitu gamabr ikan. Masya-Allah cantik sungguh ikan ini. Rasa macam nak makan sahaja. Nasiblah engkau ikan sejenis ikan yang tidak boleh dimakan kerana dipelihara oleh manusia yang sangat menjaga kebajikan ikan-ikannya. Kalau tidak, mungkin sudah lama engkau aku masukkan dalam kuali yang padas, digoreng dengan garing, setelah itu makan dengan nasi putih yang baru sahaja keluar dari periuk nasi dan kemudian dicicah dengan sambal. Masya-Allah nikamat tuhan mana yang engkau hendak dustakan. Tetapi malang engkau hanyalah sekadar perhiasan diruang bilik tidurku. 



Close-up yang seterusnya, jika diliihat gambar ini dengan penuh keimanan, ibaratkan daun yang tertulis namamu yang akan gugur bila tiba masanya dan malaikat maut akan menghampirimu dengan tanpa menlegahkan masa terus mencabut nyawamu sama ada engkau sedang tidur, sibuk bermain telefon, sibuk membuat tugasan yang pensyarah-pensyarah berikan dan banyak lagi. Ingat mati itu pasti, berkahwin itu belum tentu milikmu.




Gambar yang terakhir menunjukkan asas fotografi gambar close-up bukan manusia. Indahnya ciptaanmu. Comel sungguh bunga ini. Ketika seorang ahli kumpulan kami mengambil gambar ini aku menghampirinya. Setelah selesai aku melihatnya mengambil gambar bunga kecil ini. Rasa macam nak petik sahaja. Tetapi, disebabkan masa yang mencemburi kami, kami berduapun tinggalkan bunga comel ini tanpa menyentuhknya ataupun memetiknya. Huhuhu. Tidak mengapalah yang penting tugasan gambar close-up selesai. 

BBM3410Satu2019 - Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum semuanya. Saya nak kongsi satu kisah sepanjangan mengambil kursus "Multimedia dalam Bahasa (BBM3410)" . Haaa n...